Polis Buru Suspek Rogol Remaja 15 Tahun Di Bau

28 Dec 2023 • 3:20 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki dipercayai rogol gadis bawah umur di hotel Bau

Polis Buru Suspek Rogol Remaja 15 Tahun Di Bau. Polis Daerah Bau kini sedang memburu seorang suspek lelaki selepas dia dituduh merogol seorang gadis berusia 15 tahun di sebuah hotel baru-baru ini.

Menurut laporan, ketua polis daerah DSP Jawai Francis Kempas dalam kenyataan menyatakan bahawa mangsa membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah pada pukul 12.47 pagi semalam.

image is not available
Polis Buru Suspek Rogol Remaja 15 Tahun Di Bau. Gambar hiasan. Sumber: sinarharian

“Kami sedang dalam proses mengesan dan menangkap suspek tersebut,” kata Jawai.

Beliau menambah kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Orang ramai diminta untuk menghubungi balai polis berkenaan

Dalam pada itu, sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini dinasihatkan menghubungi balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis daerah Bau di 082-763311.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kes rogol:

https://www.iloveborneo.my/seorang-lelaki-dari-miri-ditahan-disyaki-merogol-dan-menghamilkan-anak-kandung-sendiri/

https://www.iloveborneo.my/rogol-pelajar-pendidikan-khas-sekolah-serian/