Polis buru tiga perompak bertopeng larikan barang kemas RM390,000

9 May 2025 • 8:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 9 MEI: Polis memburu tiga lelaki yang melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM390,000 dalam rompakan kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Menglembu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 1.25 tengah hari dan suspek dipercayai bersenjatakan objek menyerupai sepucuk pistol serta sebilah parang.

“Suspek yang bertopeng melarikan rantai leher dan subang dari kedai itu dengan menaiki kereta Toyota Camry berwarna putih,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Abang Zainal Abidin berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat ASP Fadli Ahmad di 019-2500 019 atau ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Kejadian rompakan itu tular di media sosial menerusi sebuah video memaparkan dua individu bertopeng mengambil barang kemas yang dipamerkan di kedai emas tersebut.

-BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved