Polis cari Abdul Razak

LocalPolitics
21 Sep 2024 • 8:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis mencari Abdul Razak, 40, bagi membantu siasatan kes tetak jirannya hingga maut dalam kejadian di Jalan Lingkudau, di sini pada Khamis malam.

image is not available
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, berang isteri dibantu jiran berkaitan masalah rumah tangganya, seorang lelaki bertindak menetak tangan jirannya itu sehingga maut dalam kejadian di Jalan Lingkudau di sini pada malam Khamis.

KENINGAU - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes tetak jirannya hingga maut dalam kejadian di Jalan Lingkudau, di sini pada Khamis malam.

Lelaki dikenali sebagai Abdul Razak, 40, dikatakan melarikan diri selepas dipercayai menetak lengan mangsa lelaki berusia 53 tahun yang telah membantu isterinya ketika mereka bertengkar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Alizam Dalaman berkata, susulan kejadian itu pihak polis membuka satu kertas siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki itu diminta berhubung terus dengan pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Azrul Efizul Mohd Asri di talian 012-9293148 atau tampil terus di balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki berang selepas isterinya dibantu jiran berkaitan masalah rumah tangganya.

Dalam kejadian itu, anak mangsa berusia tujuh tahun menyaksikan sendiri bapaya ditetak oleh suspek sebelum bertindak melarikan diri dari lokasi.