Polis cari Nur Haziqah Hamidi saksi penting kes ‘Long Tiger’

3 Sep 2022 • 12:24 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TANGKAK: Polis mencari seorang wanita Nur Haziqah Hamidi yang menjadi saksi penting bagi perbicaraan kes di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan berkaitan ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata wanita berusia 25 tahun itu sepatutnya perlu hadir perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak pada 7 dan 8 Sept ini, namun gagal dihubungi.

Beliau berkata saksi telah gagal dihubungi sejak dua tahun lepas bersabit dengan satu kes pemerasan, melalui laporan yang dibuat di Balai Polis Bukit Gambir, dekat sini.

“Kami mengharapkan orang ramai yang mengenali saksi agar dapat memberitahunya agar saksi dapat hadir ke mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fadhil berkata sebarang maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Insp Intan Norathirah Mohd Suhaidi di talian 016-988 3520.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved