Polis cari saksi bantu siasatan kes bunuh

14 Dec 2022 • 2:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis sedang cari saksi kes bunuh yang dikenali sebagai P Ganesan.

KLANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai P Ganesan untuk menjadi saksi perbicaraan berkaitan kes bunuh di Mahkamah Tinggi 2, di sini, pada 6 Januari.

Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, alamat terakhir lelaki berusia 30 tahun itu adalah di Pandamaran, Klang.

"Lelaki itu dikehendaki hadir sebagai saksi perbicaraan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada jam 8.30 pagi di mahkamah tersebut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Chia Chee Sheng di talian 019-3306497," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved