Polis cari saksi penting kes pengedaran dadah

25 May 2023 • 2:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUKIT MERTAJAM: Polis sedang mengesan seorang saksi penting bagi membantu memberi keterangan berhubung kes yang disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata lelaki itu, A. Thinesh, 27, dengan alamat terakhir di No. 22 Seberang Jetty, Kuala Kurau, Perak.

“Lelaki itu merupakan saksi penting bagi siasatan kes tersebut dan dia diminta hadir memberi keterangan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah SPT,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu mengesannya. -Bernama