Polis cari saksi pergaduhan lelaki dipukul dengan kayu

4 Aug 2022 • 7:17 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ISKANDAR PUTERI - Polis sedang mencari saksi pergaduhan melibatkan beberapa individu dalam kejadian di Jalan Silat Harimau di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, Balai Polis Nusa Bestari setakat ini tidak menerima laporan kejadian itu yang tular selepas video insiden tersebut dimuat naik di Facebook Kelab Info Malaysia. "Dalam insiden tersebut telah berlaku pertengkaran mulut dan seorang suspek bertindak agresif memukul seorang lelaki dengan kayu. "Sehubungan itu pihak polis memohon agar mana-mana individu yang menjadi saksi kejadian tersebut tampil membuat laporan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Pihaknya sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melakukan kesalahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved