
TELUPID: Polis Telupid sedang giat mengesan seorang lelaki warga asing (gambar) yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di rumahnya di Kampung Buis, sekitar jam 4 petang 13 Jun.
Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Hasan Majid berkata mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Telupid.
“Suspek dikenal pasti sebagai NoorIslam Khan, atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Khan’ berusia dalam lingkungan 20-an dan merupakan seorang warganegara Pakistan,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sandra di talian 011-2806 6182, atau menghubungi Balai Polis Beluran (089-511222) dan Balai Polis Telupid (089-521721).




