Polis cari waris mayat wanita dijumpai tepi pantai

11 Jun 2025 • 9:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pengecaman seluar pada mayat seorang wanita yang dijumpai di tepi pantai Kampung Tumbuk Tanjung Sepat, Kuala Langat pada Sabtu lalu. (Gambar kecil: Mohd Akmalrizal)

KUALA LANGAT - Polis mencari waris bagi pengecaman dan tuntutan satu mayat yang dijumpai di tepi pantai Kampung Tumbuk Tanjung Sepat di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita tersebut kira-kira jam 12.46 tengah hari.

Katanya, mayat disyaki berusia lingkungan 40 hingga pertengahan 50-an itu didapati sudah mereput.

"Mayat dipercayai adalah warga asing.

"Tiada sebarang unsur jenayah pada mayat dan tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, polis telah berusaha membuat pengesanan waris dan kenalan mangsa, namun tiada pihak tampil hadir bertemu dengan pegawai penyiasat bagi membuat pengecaman dan tuntutan untuk menguruskan mayat tersebut.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Jelasnya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved