Polis Dapatkan Maklumat Pemilik Katering Tipu RM13,000

27 Dec 2023 • 3:02 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Balai Polis Daerah Jempol kini dalam proses dapatkan maklumat lengkap berkenaan pemilik katering yang tular baru-baru ini atas dakwaan tipu sebuah keluarga pengantin.

Memetik laporan Kosmo! Online, maklumat pemilik katering itu yang telah menyebabkan kerugian lebih RM13,000 kepada keluarga tersebut akan diambil daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

image is not available

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang wanita berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pembantu tadbir.

Beliau berkata, laporan diterima kira-kira pukul 12.03 tengah malam iaitu sebelum majlis perkahwinan berlangsung pada hari yang sama.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah terpedaya dengan urusan pakej perkahwinan di laman media sosial, Facebook pada 3 April lalu dan mengalami kerugian sebanyak RM13,200.

image is not available

Foto Hiasan

“Mangsa yang telah berurusan dengan seorang perancang perkahwinan dari Shah Alam, Selangor kemudiannya membuat pembayaran pertama sebagai deposit secara dalam talian berjumlah RM2, 780 sebelum membuat bayaran kedua pada 17 Jun lalu sebanyak RM5, 554.

“Seterusnya bayaran kali ketiga berjumlah RM4, 954 pada 30 Ogos lalu dan secara keseluruhan mangsa membuat pembayaran berjumlah RM13, 200.

“Kesemua bayaran di dibuat secara dalam talian atas nama sebuah syarikat,” katanya.

Tambahnya, pengadu tidak menerima keseluruhan pakej yang dijanjikan tersebut dan kemudian membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.

Pada masa sama, polis sedang mengesan nombor akaun bank yang digunakan selain mendapatkan maklumat pemilik akaun melalui Commercial Crime Intelligence System (CCIS).

Baru-baru ini, tular satu perkongsian yang mendakwa keluarganya kerugian sebanyak RM13,000 akibat ditipu oleh pakej kenduri kahwin yang daripada sebuah pengusaha katering.

Polis Dapatkan Maklumat Pemilik Katering Tipu RM13, 000

Abang kepada pengantin perempuan, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor berkata, ini merupakan kali pertama keluarganya tertipu dengan pakej katering dan pakej pengantin.

Disebabkan itu, keluarganya mengalami kerugian besar disamping terpaksa menyediakan juadah kenduri sendiri selain mencari peralatan lain seperti meja dan kerusi serta set PA system untuk digunakan semasa majlis tersebut.

Sumber: Kosmo! Online (Nor Ainna Hamzah)