Polis Dubai pilih superbike BMW jadi motosikal peronda, mampu cecah kelajuan 314 km/j

WorldCars
18 Nov 2026 • 10:22 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis Dubai pilih superbike BMW jadi motosikal peronda, mampu cecah kelajuan 314 km/j

DUBAI – Polis Dubai menambah koleksi kenderaan rondaan mewah pasukan keselamatan di negara Emeriah Arab Bersatu (UAE) itu dengan memperkenalkan superbike BMW M 1000 RR yang mampu mencapai kelajuan maksimum 314 kilometer sejam (km/j), lapor saluran berita Gulf News.

Motosikal berkenaan dilancarkan menerusi kerjasama dengan AGMC pada hari pertama Sidang Kemuncak Polis Dunia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Dubai, baru-baru ini.

Penambahan motosikal berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi Polis Dubai untuk memanfaatkan teknologi automotif terkini, selain memperkukuh kehadiran anggota keselamatan di kawasan tumpuan pelancong dan mercu tanda utama di seluruh negara itu.

Pengarah Jabatan Am Pengangkutan dan Penyelamat, Ali Al Muhairi, berkata kerjasama dengan AGMC itu dijangka meningkatkan kehadiran polis di destinasi pelancongan popular.

Menurutnya, inisiatif berkenaan bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keyakinan pengunjung, malah menambah baik perkhidmatan kepolisan serta bantuan kepada pelancong dan pengunjung. – AGENSI

The post Polis Dubai pilih superbike BMW jadi motosikal peronda, mampu cecah kelajuan 314 km/j appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved