Polis gempur pusat hiburan, tahan tiga pembekal dadah

1 Jan 2023 • 10:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Polis merampas pelbagai jenis dadah dengan tangkapan tiga pembekal dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lembah Klang pada Ahad.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, serbuan Op Pusat Hiburan itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"Dalam operasi ini, seramai 155 orang telah diperiksa dan sembilan ditahan.

"Siasatan mendapati tiga daripada suspek adalah pembekal dadah," katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi JSJN pada Ahad.

Tambahnya, polis turut merampas 44.07 gram serbuk MDMA, 1.22 gram ketamin, 500 biji pil erimin 5 dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM9,100.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952.

Tegasnya, tindakan turut diambil mengikut Seksyen 6 Enankmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 dan Akta Imigresen 1959/63.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat pengedaran dadah diminta untuk menyalurkan ke hotline JSJN di talian 012-2087222," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved