Polis Gerakkan MPV, URB Di Kawasan Sekolah Bagi Tangani Kes Buli – KP Pulau Pinang

LocalPolitics
17 Oct 2025 • 1:25 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang akan digerakkan ke kawasan sekolah bagi menangani kes buli dalam kalangan pelajar.

Menurut laporan Berita Harian, langkah itu melibatkan rondaan berkala, khususnya pada waktu malam, bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat serta mencegah kejadian jenayah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, usaha sama itu turut memberi tumpuan kepada sekolah berasrama di seluruh negeri.

Tangani kes buli

image is not available

Katanya, keputusan berkenaan dicapai hasil perbincangan bersama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, baru-baru ini.

“Tindakan akan diambil terhadap semua kes buli yang berlaku di sekolah. Bagi langkah pencegahan, kita akan tempatkan pegawai perhubungan sekolah (PPS) di sekolah terbabit.

“Kita juga gerakkan MPV dan URB untuk masuk ke kawasan sekolah dan asrama pada waktu malam,” katanya kepada media selepas Majlis Peluncuran PDRM Penang International 2nd Bridge Solidarity 2026 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini.

Tangani kes buli

image is not available

Azizee berkata demikian ketika diminta mengulas usaha polis dalam membendung kejadian jenayah dan kes buli yang berlaku di sekolah di seluruh negara.

Sementara itu, beliau memaklumkan acara kayuhan anjuran polis negeri yang dijadual berlangsung pada 3 Januari depan dijangka menarik penyertaan seramai 3,000 peserta.

Menurutnya, setakat ini pihak penganjur telah menerima kira-kira 1,000 penyertaan dan pendaftaran akan ditutup pada bulan depan.

Sumber: Berita Harian (Zuhainy Zulkiffli)