Polis guna dron tinjau lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan

8 Dec 2023 • 5:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota polis menerbangkan deon bagi membantu siasatan kes Zayn Rayyan.

image is not available
Dron diterbangkan sekitar Blok R serta lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan.

PETALING JAYA - Polis menerbangkan sebuah dron di sekitar kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini pada Jumaat untuk membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, dron itu diterbangkan di sekitar lokasi anak sungai dan belukar yang menjadi tempat penemuan mayat Zayn Rayyan.

Dron berkenaan turut diterbangkan setinggi 30 meter berhampiran Blok R.

**media[2454120]**

Kehilangan Zayn Rayyan sejak Selasa lalu terungkai apabila mangsa ditemui meninggal dunia di anak sungai kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Susulan itu, kawasan apartmen di sini terus menjadi tumpuan media selepas mayat Zayn Rayyan ditemukan sejak dua hari lepas.