Polis Indonesia Rampas Dadah RM229 Juta

24 Nov 2026 • 4:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Polis Indonesia Rampas Dadah RM229 Juta

JAKARTA - Polis Indonesia merampas pelbagai jenis dadah bernilai Rp1.01 trilion (RM229 juta) dan menahan lima lelaki dalam operasi membanteras sindiket pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi antara Indonesia dan Malaysia.

Rampasan itu merangkumi 378 kilogram (kg) syabu, 200,252 pil ekstasi serta 11,752 kartrij mengandungi cecair etomidate, menurut portal berita Indonesia, Kompas.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Polis Negara Indonesia (Polri), Brigadier Jeneral Kristian Parluhutan Siagian berkata, operasi berkenaan menyasarkan rangkaian sindiket yang beroperasi di wilayah Sumatera.

Antara individu yang ditahan ialah bekas pelumba motosikal jalanan yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan ketua sindiket berkenaan, yang kini sedang diburu pihak berkuasa.

Penahanan itu sebahagian daripada usaha polis melumpuhkan rangkaian pengedaran dadah rentas sempadan yang disyaki menjalankan kegiatan penyeludupan bahan terlarang antara kedua-dua negara. - Getaran, 24 November 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved