
Pihak berkuasa Israel menahan Menteri Palestin untuk Hal Ehwal Baitulmaqdis, Ashraf al-Awar, berhampiran Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Rabu.
Menurut kenyataan Pihak Gabenor Baitulmaqdis, al-Awar ditangkap ketika sedang menghadiri majlis berkabung untuk keluarganya di kawasan kejiranan Silwan.
Penahanan terbaharu ini berlaku seminggu selepas al-Awar ditahan sementara di kediamannya di Silwan sebelum dibebaskan beberapa jam kemudian tanpa sebarang alasan diberikan oleh pihak berkuasa Israel.
Tahun lalu, pihak berkuasa Israel turut mengenakan perintah melarang al-Awar daripada memasuki Tebing Barat yang diduduki selama enam bulan, yang mana tempoh larangan berkenaan kemudiannya telah dilanjutkan.
Sumber: Agensi Anadolu (AA) / TRT World






