Polis Jerman gagalkan rancangan kanak-kanak rompak kiosk guna senapang mainan

6 Oct 2023 • 6:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

HAMBURG: Rancangan dua kanak-kanak bertopeng bersenjatakan senapang patah mainan untuk merompak sebuah kiosk di stesen kereta api di sebuah bandar kecil di timur laut Jerman, digagalkan oleh polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Aksi kedua-dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 14 tahun itu dikesan oleh orang awam yang lalu-lalang di stesen di Neubrandenburg pada Khamis.

Apabila polis tiba dengan lampu berkelip, budak lelaki itu dengan cepat menanggalkan topeng mereka dan duduk di bangku dengan harapan dilihat tidak mencurigakan, menurut polis.

Tetapi apabila pegawai polis menyoal kanak-kanak itu, mereka mengaku budak lelaki berusia 10 tahun tersebut ingin merompak kiosk di stesen berkenaan dan memujuk rakannya yang lebih tua untuk menyertainya, menurut polis.

Semasa pemeriksaan terhadap kedua-dua mereka, polis menemui senjata mainan dan pisau. Kanak-kanak itu dibawa ke balai polis, di mana mereka diambil oleh penjaga mereka, kata polis. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved