Polis Jerman tahan lelaki cuba bakar masjid

10 May 2023 • 3:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BERLIN: Seorang lelaki cuba membakar sebuah masjid di bandar Dresden di tenggara Jerman pada lewat petang Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis.

Suspek berusia 34 tahun itu kemudiannya ditahan untuk disoal siasat.

Motif kejadian belum dapat dipastikan.

Suspek yang sama dikatakan telah membakar al-Quran di sebuah masjid pada April lalu. -Bernama