Polis Kanowit: Wanita cari siput maut dipatuk ular

5 Sep 2023 • 4:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SIBU: Seorang wanita ditemukan maut dipercayai dipatuk ular ketika mencari siput sungai di Ulu Machan, Kanowit, dekat sini, kata Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong hari ini.

Katanya mayat Florence Galu, 48, ditemukan pada lebih kurang 8.15 malam, Ahad, dalam keadaan terapung di dalam sungai oleh penduduk Rumah Rundang, Nanga Manggut yang mencari mangsa selepas mangsa tidak pulang ke rumah panjang sejak 4 petang Sabtu lepas.

“Siasatan mendapati mangsa telah dipatuk ular di pergelangan tangan sebelah kanan dan tiada kesan-kesan lain yang mencurigakan pada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya mangsa yang merupakan anak kedua daripada enam beradik dan belum berkahwin ditemukan kira-kira 30 meter dari rumah panjang terbabit.

Mangsa selepas itu dibawa ke rumah panjang dan dikebumikan hari ini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved