Polis Kata Telah Terima Laporan Sama Mengenai Pelakon Lelaki Pukul Kekasih Tahun Lepas

LocalEntertainment
23 Apr 2025 • 8:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pelakon lelaki

Seorang pelakon lelaki terkenal akan dipanggil polis dalam masa terdekat selepas didakwa memukul teman wanitanya sehingga menyebabkan kecederaan.

Menurut laporan Kosmo, laporan diterima pada 7 April lalu selepas kejadian berlaku di Ara Damansara, Petaling Jaya dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan,l.

Mangsa mengalami cedera di bahagian badan dan muka selepas dipukul dengan tangan oleh suspek.

Mangsa pernah lapor kes sama tahun lalu

Apa yang lebih mengejutkan, ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku. Menurut polis, mangsa pernah membuat laporan polis tahun lalu terhadap suspek yang sama, namun menarik semula laporan tersebut.

Jadi, ini merupakan kejadian kali kedua.

Ammar Alfian nafi tuduhan, kata kekasih bertindak tergesa-gesa

Sebelum ini, media melaporkan pelakon Ammar Alfian menafikan tuduhan memukul teman wanitanya, Qhaisha, dan menyifatkan laporan polis dibuat itu sebagai satu tindakan tergesa-gesa.

Ammar, 38, juga kecewa apabila Qhaisha turut mengheret pengurusnya bernama Zane dalam pertikaian peribadi mereka.

Hubungan yang sihat tidak sepatutnya disertai kekerasan. Kalau dah berlaku lebih dari sekali, mungkin dah tiba masa untuk fikir soal keselamatan dan maruah diri. Jangan diam, jangan bertahan jika terus disakiti.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved