Polis Kelantan guna helikopter hantar makanan, selamat mangsa banjir

LocalEnvironment
30 Nov 2024 • 1:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis Kelantan menggunakan khidmat helikopter untuk menghantar bekalan makanan ke lokasi banjir yang terputus hubungan sejak pagi tadi pada Sabtu.

PASIR MAS - Polis Kelantan menggunakan khidmat helikopter untuk menghantar bekalan makanan ke lokasi banjir yang terputus hubungan sejak pagi tadi pada Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat ini helikopter tersebut juga telah membuat penerbangan ihsan melibatkan seorang mangsa banjir yang cedera di Lubok Stol.

"Bekalan makanan pula akan dihantar ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Pengkalan Kubur, Tumpat dan dua di Lubok Stol, Rantau Panjang.

"Melihat kepada situasi terkini dan keadaan cuaca, kita mungkin akan meminta bantuan udara daripada JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)," katanya ketika sidang akhbar di Balai Polis Repek di sini pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved