Polis Kesan Individu, Padah Tahan Kereta Sebelum Bakar Mercun Atas Jalan

13 Nov 2023 • 2:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pihak polis sedang mengesan individu yang dilihat membakar mercun dalam sebuah rakaman video tular di platform Facebook, lapor Kosmo! Online.

Memetik laporan, pihak polis sedang mengesan mereka yang terlibat dalam sebuah kejadian membakar mercun di atas jalan raya Kuala Sawah, Rantau, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superitendan Mohd. Rosli Ishak berkata, siasatan mendapati satu laporan polis telah diterima.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957 iaitu tindakan sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa dan harta benda.

Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Sebelum ini, tular sebuah video mengenai perbuatan membaakr mercun di atas jalan raya. Malah, turut jelas kelihatan beberapa individu memberhentikan trafik atau kenderaan, kemudiannya membakar mercun di tengah jalan raya yang boleh menimbulkan bahaya kepada orang awam.

Mohd. Rosli berkata, pihak polis ingin menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut untuk membuat laporan.

Mereka juga boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Nur Asma Zafira Mohd. Yusop di talian 013-2386281 atau 06-6033222 untuk membantu siasatan.

Sumber: Kosmo! Online (Nur Shafawati Yup)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved