Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh

LocalPolitics
1 Mar 2025 • 3:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kumaran dikehendaki hadir sebagai saksi penting bagi perbicaraan kes 302 Kanun Keseksaan.

KULAI - Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Sesyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki itu dikenali sebagai R Kumaran, 46, dan beralamat di Jalan Chemor, Tanjong Rambutan, Perak.

"Penama ini dikehendaki hadir sebagai saksi penting bagi perbicaraan kes 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Justeru, beliau memohon orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan, segera menghubungi pegawai penyiasat jenayah Inspektor Amy Dahlia Abdul Rahman di 014-9202402. - Bernama