Polis kesan lelaki berkait kes ATIPSOM

3 Jul 2024 • 3:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lelaki yang dikehendaki polis.

KUALA TERENGGANU - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang ingkar hadir ke perbicaraan di Mahkamah Seksyen di sini berhubung kes di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, individu yang dicari itu ialah Mohamad Fazley Jaafar, 29, beralamat di 394-1 Kampung Gelugor, Lorong 8, Kerteh, Kemaman.

"Kita sedang mengesan suspek ini kerana ingkar hadir perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu berkait kes di bawah Seksyen 12 ATIPSOM.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lanjut berhubung suspek ini diminta melaporkan kepada pihak berwajib," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, Azli berkata, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Jenayah, Asisten Superintenden Zulaikha Dol@Abdul Mauluk di talian 019-9990893 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved