Polis kesan lelaki cabul wanita tepi jalan

3 May 2023 • 12:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

PETALING JAYA - Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cabul seorang wanita di tepi jalan di Sea Park, di sini, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 20 tahun pada jam 8.27 malam.

"Wanita itu mendakwa ketika dia sedang berjalan di kawasan perumahan itu, tiba-tiba dia dipeluk dari arah belakang oleh suspek

"Suspek berpakaian hitam dan memakai pelitup muka serta bertopi warna hitam itu kemudian melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

"Kes di siasat di bawah Seksyen 354 kanun keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved