Polis Kesan Lelaki Gunting Jalur Gemilang Di Ibu Kota

18 Aug 2022 • 12:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis kesan lelaki gunting Jalur Gemilang di Ibu Kota

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Polis sedang mengesan seorang lelaki berhubung insiden menggunting Jalur Gemilang, dalam kejadian dipercayai berlaku petang semalam di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata bagaimanapun setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

“Polis tidak menerima sebarang laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 37 saat dalam aplikasi Tik Tok memaparkan seorang lelaki berbaju merah dan bertopi biru menggunting beberapa Jalur Gemilang yang dipasang di laluan pejalan kaki dipercayai di hadapan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di Jalan Ampang di sini.

Menurut pemilik akaun Tik Tok berkenaan, beliau telah menegur perbuatan lelaki itu tetapi tidak diendahkan selain khuatir akan keselamatan diri ekoran pelaku memegang gunting.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved