Polis kesan pemandu berlagak samseng

24 Dec 2022 • 3:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular turut memaparkan lelaki terbabit memegang sebatang rotan dalam kejadian di SS 8/2, Petaling Jaya pada Jumaat.

PETALING JAYA - Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta berlagak samseng yang bertindak memberhentikan kenderaannya di tengah Jalan SS 8/2, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian tersebut telah dikesan melalui satu video tular berdurasi dua minit 20 saat di aplikasi Twitter yang memaparkan tindakan lelaki terbabit.

"Video tersebut turut memaparkan lelaki itu mengeluarkan sebatang rotan panjang dari kenderaannya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya meminta kerjasama mangsa kejadian untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved