Polis kesan remaja perempuan hilang

11 Jan 2023 • 6:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shalini Krishnan dilaporkan kali terakhir dilihat di rumahnya pada Selasa.

PETALING JAYA - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di sekitar Flora Damansara, Damansara Perdana, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, remaja berkenaan dikenali Shalini Krisman kali terakhir dilihat berada di rumahnya sekitar jam 6.55 pagi.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima laporan berhubung kes kehilangan remaja warga tempatan itu pada Selasa jam 9.22 pagi.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mohon tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Fakhrudin berkata, orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Amir Hakimi Zakaria di talian 013-3783178.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved