Polis Kesan Warga Emas Hilang Di Tampin

10 Feb 2024 • 7:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Kesan Warga Emas Hilang Di Tampin

SEREMBAN, 10 Feb (Bernama) — Polis mengesan seorang warga emas yang tidak pulang selepas keluar dari rumah di Kampung Air Gelugor, Gemencheh, Tampin dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata anak mangsa memaklumkan ayahnya berusia 70 tahun itu didapati keluar rumah menaiki sebuah kereta jenis Honda HRV dalam kejadian pada 9.30 pagi.

“Pakaian terakhir yang dilihat dipakai oleh mangsa ialah kemeja-T berbelang biru kelabu, berseluar biru, dan berkopiah. Anaknya telah menghubungi nombor telefon bimbit ayahnya tetapi gagal dihubungi dan belum pulang ke rumah.

“Kali terakhir telefon bimbit mangsa boleh dihubungi kira-kira 1 tengah hari semalam dan hebahan mengenai kehilangan mangsa telah dibuat melalui Pusat Kawalan Daerah Tampin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa diminta untuk menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin melalui talian 06-4431999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA