Polis kesan waris mangsa kemalangan di Kuala Ampang

15 Sep 2023 • 1:29 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan waris seorang lelaki yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran perhentian bas di hadapan Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang, Selangor, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 40-an, tidak mempunyai pengenalan diri semasa kemalangan dan status kewarganegaraan juga tidak dapat dipastikan.

“Mangsa berketinggian kira-kira 170 sentimeter ke atas, memakai baju warna gelap, berseluar panjang warna hitam dan memakai kasut but warna hitam semasa kejadian.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai waris individu tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Ampang Jaya Insp Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kini berada di Hospital Ampang. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved