Polis Kini Giat Buru Lelaki Ragut Beg Tangan Wanita Di Miri

7 Jul 2024 • 5:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki ragut beg tangan di Miri diburu polis

Polis Kini Giat Buru Lelaki Ragut Beg Tangan Wanita Di Miri. Dilaporkan bahawa, pihak polis kini giat mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian ragut beg tangan seorang wanita di jalan berhadapan sebuah pasar raya besar di Pusat Komersial Pelita, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam itu, suspek yang dilihat menaiki sebuah motosikal berwarna putih/perak, telah meragut beg tangan mangsa yang mengandungi barang peribadi.

image is not available
Polis Kini Giat Buru Lelaki Ragut Beg Tangan Wanita Di Miri

Pihak polis masih mengesan saksi kejadian dan mendapatkan keterangan-keterangan dan bukti-bukti bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan media. 

Terdahulu, Alexson mengesahkan telah menerima satu laporan polis berkenaan kes ragut terbabit daripada seorang wanita. 

image is not available
Sumber gambar: The Borneo Post

Menasihati masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi

Dalam masa yang sama beliau menasihati masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan isu-isu yang belum disemak kesahihan di media sosial yang mana ia boleh menimbulkan kerisauan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat tempatan.

Oleh demikian, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut digesa untuk tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat menghargai keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran di daerah Miri. 

Lagi berita terkini untuk anda di sini: