Polis KL siasat kes rogol babit penceramah bebas

23 Jul 2022 • 11:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Penceramah bebas yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun akan direman sehingga minggu depan bagi membolehkan polis Kuala Lumpur menyiasat kes membabitkan suspek tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menerima suspek daripada polis Selangor pada Sabtu.

"Suspek mungkin direman sehingga minggu depan untuk membantu siasatan sebelum dituduh di mahkamah," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Pada Jumaat, media melaporkan penceramah bebas yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun akan diserah ke polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi tindakan lanjut.

Ia dilakukan selepas tempoh reman lima hari terhadap suspek berusia 30-an itu tamat.

Media sebelum ini melaporkan seorang penceramah bebas popular ditahan pada Isnin lalu selepas dipercayai terbabit dalam kes merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada jam 4.50 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved