
Kota Kinabalu: Sekumpulan anggota polis dari Papar pada Selasa telah merampas beberapa barang kes milik Allahyarhamah Zara Qairina daripada sebuah NGO, yang sebelum ini diamanahkan oleh keluarganya untuk menyimpan kesemua barangan peribadi remaja itu.
Perkara tersebut disahkan oleh peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri yang mewakili ibu Allahyarhamah, Noraidah Lamat.
Menurut Hamid, kira-kira jam 2 petang Selasa, sepasukan polis hadir ke pejabatnya dan merampas beberapa barangan seperti pakaian dan barangan peribadi milik Zara.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Hamid turut mengesahkan bahawa rampasan tersebut dilakukan tanpa kehadiran ahli keluarga Zara.
Sementara itu, Hamid menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin atau membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut.
“Saya menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi terhadap pasukan polis dan Jabatan Peguam Negara dalam hal ini.
“Biarlah mereka menjalankan tugas dan menyiasat kes ini,” katanya ketika dihubungi.
Zara, 13, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan SMK Agama Tun Mustapha, Papar, pada 17 Julai lalu dan dipercayai menjadi mangsa buli.
Remaja itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di longkang sekolah kira-kira jam 3 pagi, sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I.

