
LAHAD DATU: Polis di sini menahan seorang pendatang asing tanpa izin berusia 45 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penagihan dadah dalam satu serbuan di hadapan sebuah kedai di Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini, pada Selasa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Jimmy Panyau berkata suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari.
Ketika ditahan, suspek cuba melarikan diri dan bertindak agresif namun berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan dengan pasukan operasi.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Pemeriksaan ke atas suspek menemui satu paket plastik mengandungi bahan disyaki syabu seberat 10.96 gram bersama beberapa peralatan yang digunakan untuk aktiviti penagihan dadah di dalam beg miliknya.
“Pasukan turut menemui sebilah parang berbentuk sabit yang diselitkan di pinggang seluar suspek,” katanya sambil menambah ujian saringan air kencing mendapati suspek positif mengambil dadah jenis Amfetamin dan Metamfetamin.
Tambahnya, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah beberapa akta berkaitan dadah dan senjata.



