Polis laksana sekatan jalan raya seluruh negara, jamin keselamatan awam

23 Nov 2022 • 11:25 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara mulai semalam sehingga satu tarikh ditetapkan bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pelaksanaan SJR itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM untuk mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence atau kehadiran anggota polis dan akan dijalankan secara penugasan 24 jam.

“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak dan waktu siang.

“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya di luar waktu puncak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian dan PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved