Polis lupus 283 mesin bitcoin, peralatan elektronik dianggar RM88,000

13 Dec 2023 • 7:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Polis melupuskan 283 mesin melombong bitcoin, 438 unit bekalan kuasa serta beberapa peralatan elektronik yang dianggarkan bernilai RM88,000.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pelupusan barang kes itu melibatkan lima kertas siasatan yang dibuka pada 2021 hingga tahun ini, yang telah selesai proses mahkamah.

Beliau berkata kesemua kes berkenaan telah disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Proses pelupusan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, barang kes yang dimusnahkan ini akan diserahkan kepada syarikat dilantik untuk diuruskan kerana melibatkan sisa elektronik,“ katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini.

Wan Mohd Zahari turut meminta pemilik premis atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan melombong bitcoin memaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved