Polis Marin Serbu Kapal Kargo, Rampas Mercun Bernilai RM 21 Juta Di Lawas

18 Jan 2025 • 3:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Polis Marin Sarawak berjaya merampas mercun pelbagai jenis bernilai RM 21 Juta di Lawas

Polis Marin Serbu Kapal Kargo, Rampas Mercun Bernilai RM 21 Juta Di Lawas. Dilaporkan, Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Limbang berjaya merampas pelbagai jenis mercun bernilai sekitar RM21 juta dalam serbuan ke atas sebuah kapal kargo di Dermaga Lawas pada pagi Ahad lepas.

Dalam satu kenyataan, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata memaklumkan bahawa operasi tersebut dilakukan oleh Unit Risikan Marin (URM) PPMW5 pada jam 9.30 pagi.

image is not available
Polis Marin Serbu Kapal Kargo, Rampas Mercun Bernilai RM 21 Juta Di Lawas

100 kotak mercun pelbagai jenis diimport secara haram

“Hasil pemeriksaan mendapati lebih kurang 100 kotak mercun pelbagai jenis yang dipercayai diimport secara haram dari luar negara ditemui di atas kapal kargo tersebut,” jelas Dato Mancha.

Tambah beliau, juragan kapal yang merupakan warga Indonesia gagal mengemukakan dokumen sah daripada pihak kastam untuk membawa masuk mercun tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Sumber foto: mStar

Kes di bawah Akta Bahan Letupan 1957

Suspek kini ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(a) Akta Bahan Letupan 1957, iaitu gagal menyediakan dokumen pemilikan atau penyimpanan bahan letupan secara sah.

Barang rampasan, termasuk semua mercun yang ditemui, telah dirujuk kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (IPD) Lawas untuk tindakan lanjut.

“Kami komited untuk memastikan aktiviti penyeludupan bahan letupan seperti ini dapat dihentikan sepenuhnya,” kata Dato Mancha.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: