Polis: Mayat tanpa identiti ditemui terdampar di Pantai Desaru

LocalPolitics
18 Jan 2025 • 11:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA TINGGI, 18 JAN: Mayat seorang lelaki tempatan tanpa pengenalan diri ditemukan terdampar di Pantai Desaru di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata mangsa yang berkulit putih itu dipercayai warga tempatan berbangsa Cina, berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun.

Beliau berkata kaunter aduan Balai Polis Bandar Penawar menerima maklumat mengenai penemuan lelaki yang hanya memakai seluar pendek berwarna putih dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri itu pada jam 7.30 pagi.

“Bertindak atas maklumat, Ketua Polis Balai Bandar Penawar dan anggota telah digerakkan untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan oleh pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Felda Sening di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke bahagian forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Yusof berkata hasil bedah siasat mengesahkan kematian mangsa disebabkan lemas di dalam air dan kes diklasifikasikan di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR).

“Pada masa sama, kami meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris mangsa atau ahli keluarga yang hilang untuk segera menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Asnalisz Zainal, di talian 016-444 6871,” katanya.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved