Polis Menahan 12 Individu, Termasuk Tiga Wanita Kerana Sabung Ayam Di Tawau

4 Jul 2023 • 1:06 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

12 individu, termasuk tiga wanita turut ditahan polis kerana terlibat dalam sabung ayam

Polis Menahan 12 Individu, Termasuk Tiga Wanita Kerana Sabung Ayam Di Tawau. Baru-baru ini, pihak polis menahan 12 individu termasuk tiga wanita kerana terlibat dalam kegiatan sabung ayam di daerah Tawau, Sabah, lapor sumber.

Susulan itu, pihak berkuasa menyerbu sebuah gelanggang sabung ayam yang terletak di dalam ladang kelapa sawit di Kalumpang ketika penonton sibuk menonton salah satu perlawanan yang berlangsung pada hari Sabtu, 1 Julai.

Diserbu jam 5 petang, semua berlari ketakutan

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata pihaknya menyerbu lokasi itu kira-kira jam 5 petang.

image is not available
Sumber: wiki

“Semua orang bersurai, berlari ke semua arah apabila polis menyerbu tempat itu,” katanya pada Isnin (3 Julai).

“Bagaimanapun, kami berjaya menahan 12 orang berusia antara 17 hingga 71 tahun, dan tiga daripadanya adalah wanita. Lapan daripada mereka adalah warga asing. Kami turut merampas tujuh ekor ayam sabung, sejumlah peralatan judi dan wang tunai RM1,210,” katanya lagi.

Dipercayai tempat tersebut kerap digunakan untuk aktiviti haram

Berdasarkan siasatan mereka, ACP Jasmin berkata premis itu kerap digunakan untuk menganjurkan perlawanan sabung ayam selain menjadi sarang perjudian untuk permainan lain.

image is not available
Sumber: thestar

Katanya, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015, Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Akta Imigresen.

Baca juga artikel yang berkaitan: