Polis Minta Bantuan Kesan Dua Remaja Hilang Di Cameron Highlands

19 Nov 2025 • 5:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Minta Bantuan Kesan Dua Remaja Hilang Di Cameron Highlands

KUANTAN, 19 Nov (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Nurul Syuhada Mohd Faizal,15, dan rakannya Nur Damia Qaisyara Mohamad Sayuti, 14, semalam.

Beliau berkata dua remaja berkenaan beralamat di Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands.

“Nurul Syuhada memakai baju lengan panjang bewarna hijau hitam, tudung putih dan membawa beg galas hitam manakala Nur Damia Qaisyara berbaju lengan panjang, bertudung dengan beg galas hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nurul Syuhada boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Tg Siti Norhana Alena Tg Othman menerusi talian 017-9175334 manakala penolong pegawai penyiasat Sarjan Muhamad Firdaus Abu Hassan melalui 012-5810798 bagi kes Nur Damia Qaisyara.

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands menerusi talian 05-4915999 atau balai polis berhampiran.

Sumber: Bernama

The post Polis Minta Bantuan Kesan Dua Remaja Hilang Di Cameron Highlands appeared first on Siakap Keli.