Polis minta bantuan kesan dua wanita hilang

17 Nov 2023 • 2:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua wanita yang dilaporkan hilang sejak Mei dan September lepas.

Laporan kehilangan Yong Khong Lai, 40, dan dan Wong Qiu Le, 20, dibuat keluarga masing-masing pada 26 Mei dan 12 Sept di Balai Polis Bercham dekat sini.

Difahamkan, Yong tinggal bersama keluarganya dan kali terakhir dilihat oleh ibunya pada 25 Mei selepas pergi ke kedai runcit untuk membeli barang sebelum dia gagal dihubungi sehingga kini.

Manakala Wong yang tinggal di Taman Utama Bercham, berkulit kuning langsat dan berbadan gempal dikatakan keluar dari rumahnya pada 11 Sept.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi kedua-dua wanita itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mejar Hisam Hussain di talian 019-4864854 bagi kes Yong.

“Manakala untuk Wong, orang ramai boleh salurkan maklumat kepada Ins P Som Phong di talian 012-9488777,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama