Polis Minta Bantuan Kesan Remaja Hilang

10 Apr 2024 • 8:22 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anis Zulaikha Abdul Aziz

KUALA LUMPUR - Polis memohon orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner  Shahrulnizam Jaafar berkata, remaja perempuan itu, Anis Zulaikha Abdul Azim dilaporkan kali terakhir dilihat di rumahnya di Ara Greens, Ara Damansara pada 2.30 petang.

Beliau berkata remaja berkenaan dilihat mengenakan pakai seluar jeans dan sweater hitam.

"Laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan itu dibuat keesokannya pada 9.44 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya," katanya.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja tersebut boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling
Jaya 03-79662222. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved