Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki OKU Hilang

8 Jun 2025 • 4:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

P0lis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Lelaki OKU Hilang

KUANTAN, 8 Jun (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 36 tahun yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa, Sabri Ismail pada 9.29 malam tadi.

Beliau berkata lelaki berkenaan yang merupakan seorang OKU mental berkulit cerah, berketinggian 178 sentimeter dan bertubuh gempal dengan berat kira-kira 90 kilogram.

“Lelaki itu kali terakhir dilihat di kawasan sekitar Taman Sri Embun, Jerantut pada 2 Jun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut di talian 09-266 2222.

Sumber: BERNAMA