
Pasangan Rusia yang mendakwa mereka berjaya ceroboh dan memanjat menara Merdeka masih belum dapat dikesan. Polis meminta bantuan Biro Pusat Nasional (NCB) Moscow, Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membantu dalam usaha menahan mereka.
Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya membuat permohonan kepada pihak berkuasa itu pada 5 Jan lalu untuk mendapatkan butiran pasangan berkenaan yang dipercayai sudah keluar dari negara ini.
View this post on InstagramA post shared by A N G E L A N I K O L A U | C R E A T O R (@angela_nikolau)
“Setakat ini, kita masih menunggu maklumat dan butiran dari pihak berkuasa Rusia,” katanya menurut Berita Harian.
Menurutnya, sehingga kini seramai 13 individu sudah dirakam percakapan, termasuk kakitangan bangunan terbabit dan pengawal keselamatan.


![[Kemaskini] Selepas Pasangan Rusia Kini Warga Amerika Pula Ceroboh & Panjat Menara Merdeka 118](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)