Polis Miri Mohon Bantuan Orang Ramai, Kesan Wanita Bagi Siasatan Kes Penganiayaan Kanak-Kanak

26 Oct 2024 • 9:27 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Polis mohon bantuan orang ramai kesan wanita untuk bantu siasatan

Polis Miri Mohon Bantuan Orang Ramai, Kesan Wanita Bagi Siasatan Kes Penganiayaan Kanak-Kanak. Dilaporkan, polis Miri memohon kerjasama daripada orang awam bagi mengesan seorang wanita yang diperlukan untuk membantu siasatan berkaitan kes penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu melalui kenyataan rasmi petang semalam, memaklumkan bahawa wanita berkenaan dikenali sebagai Nurul Jannah binti Roslan, berusia 26 tahun, yang beralamat di No. 25 Jalan Indah 4, Taman Indah, Pontian, Johor.

image is not available
Polis Miri Mohon Bantuan Orang Ramai, Kesan Wanita Bagi Siasatan Kes Penganiayaan Kanak-Kanak. Sumber gambar: Utusan Borneo

Wanita terbabit sangat diperlukan oleh pihak polis

Beliau berkata bahawa, kehadiran wanita terbabit sangat diperlukan oleh pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri bagi membantu siasatan dalam kes penganiayaan kanak-kanak yang sedang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Oleh itu, beliau menyeru agar mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau mengetahui lokasi wanita tersebut tampil dan menyalurkan maklumat kepada balai polis terdekat.

image is not available
Sumber gambar: Harakahdaily

Tambah beliau lagi, bagi mereka yang memiliki maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan BSJD Miri, ASP Anuar Affindi, di talian 019-7319540 atau 085-433730.

ACP Alexson turut menekankan bahawa keprihatinan serta kerjasama daripada masyarakat dalam membantu siasatan ini sangat dihargai.

Lagi artikel untuk anda di sini: