Polis mohon bantuan kesan Akilashini, Ain Roshariza

14 Oct 2022 • 6:03 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan dua remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang pada 2 dan 7 Okt lepas selepas keluar dari rumah masing-masing di Petaling Jaya dekat sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid (gambar) berkata N. Akilashini dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Desa Mentari, pada 8 malam 2 Okt lepas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Akilashini dimohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Insp R. Yugarajan di talian 014-3049419,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata seorang lagi remaja, Ain Roshariza Abdullah pula dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Lindungan selepas keluar kira-kira 12 tengah hari, 7 Okt lepas.

“Individu yang mempunyai maklumat mengenai Ain Roshariza diminta ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Insp Lee Sheng Yew di talian 011-3532 7062 bagi membantu siasatan,” katanya.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved