Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki austime

6 Dec 2023 • 2:29 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata Zayn Rayyan Abdul Matiin kali terakhir berada di rumah beralamat Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada 12 tengah hari.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata polis menerima laporan kehilangannya pada 6.36 petang semalam.

“Kanak-kanak lelaki berkenaan (kali terakhir) dilihat memakai baju kemeja-T putih berkolar berlencana SK Damansara Damai 2, berseluar sukan hitam dan kasut sekolah hitam,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi mangsa supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. - 6 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved