Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 27 Mei

27 Jun 2025 • 10:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hasni kali terakhir dilihat berada di Menara Suria, Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, Subang Jaya, pada 2.40 petang, 27 Mei lepas.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang di Subang Jaya, Selangor, sejak bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki yang dikenali sebagai Hasni Hashim, 49, itu kali terakhir dilihat berada di Menara Suria, Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, Subang Jaya, pada 2.40 petang, 27 Mei lepas.

"Laporan kehilangan individu ini diterima pada 1.55 tengah hari, Rabu lepas. Hasni yang berkulit sawo matang dan berambut hitam pendek, berketinggian 170 sentimeter serta berat 80 kilogram,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 / 03-78627100. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved