Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang Hampir Dua Bulan Di Skudai

15 Sep 2025 • 3:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang Hampir Dua Bulan Di Skudai

JOHOR BAHRU, 15 Sept (Bernama) — Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Tan Sri Yacob, Skudai, sejak 23 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Voo Zhi Lin oleh datuknya yang berusia 68 tahun pada 26 Julai pada 11.24 pagi.

“Remaja itu kali terakhir dilihat berada di rumah datuknya di Taman Tan Sri Yacob. Butiran fizikalnya ialah berketinggian 145 sentimeter dan berat kira-kira 50 kilogram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Wilford Carter Blaydes di talian 013-8498448 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 / 07-5114486.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved