Polis mohon bantuan kesan waris mayat ditemui tergantung di loji Tuaran

15 May 2023 • 4:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemukan tergantung tanpa identiti berhampiran sebuah loji air di daerah ini, jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, kejadian itu disedari seorang pengadu wanita yang juga saksi berusia 46 tahun pada jam 12.14 tengah hari ketika melakukan kerja mengecat pagar loji air sejauh 12 meter dari lokasi.

Katanya susulan laporan itu, sepasukan pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui satu mayat lelaki di kawasan semak dalam keadaan tergantung dengan leher yang terikat kain putih pada dahan sebatang pokok.

“Mayat lelaki dipercayai berusia lingkungan 40-an itu bercirikan rambut ikal, kulit sawo matang dan berbadan kurus dengan ketinggian 162 sentimeter.

SPONSORED CONTENT VANZO X Marvel Series Car Vent Perfume: VANZO Car Perfume Brand Teams Up with Marvel for Disney's 100th Anniversary Celebration Kota Kinabalu: In honour of Disney's 100th anniversary, Marvel superheroes and VANZO have teamed up to launch a new "Superhero Scent" series of car perfume, “VANZO x Marvel Series Car Vent Perfume”. Read more “Selain itu, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa yang memakai seluar panjang jeans berwarna biru serta baju berwarna putih yang memapar dua kartun Elmo berwarna biru dan merah,” katanya.

Menurutnya, penemuan mayat itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) setakat ini dan tiada sebarang unsur jenayah atau kesan pergelutan ditemui.

“Mayat terbabit kini berada di Bilik Mayat Forensik Hospital Tuaran sementara usaha mengesan waris dijalankan,” jelasnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Polis Balai Tuaran, SI (Sub Inspektor) Baharruddin Ismail atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran di 088-791966.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.